Berita Terkini

KELEBIHAN UMRAH DI BULAN RAMADHAN

Kelebihan UMRAH pada bulan RAMADHAN, sebagaimana sabda baginda Nabi S.A.W
yang bermaksud: “Sesungguhnya UMRAH dalam bulan Ramadhan itu, menyamai menunaikan haji bersamaKu” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Kelebihan ibadat umrah pada Ramadan
UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Makkah dan pada bulan mulia, Ramadan.
Dalam hadis, Rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan mengenai kelebihan umrah pada bulan ini.
Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?”
Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.”
Baginda bersabda lagi: “Umrah pada Ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.”
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”
Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram.
Masjidil Haram ialah masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan Masjid Kiblatain.
Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran.
Dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti Qiamullail, membaca al-Quran dan iktikaf.
Di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi.
Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala..

J

Facebook Fan Page

Waktu Solat

Waktu Di Mekah

Ruangan Pertanyaan

Bilangan :Pengunjung